Dasar Privasi ini dikeluarkan kepada semua dan bakal pengguna,pelanggan, peniaga, vendor,pembekal, rakan kongsi, penyedia perkhidmatan, kontraktor dan/atau ahli kami, selaras dengan keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (” PDPA “) di Malaysia. Kami IOU PAY (Asia) Sdn Bhd (selepas ini dirujuk sebagai “IOU Pay”) ingin memaklumkan kepada anda bahawa kami mengekalkan maklumat peribadi tertentu tentang diri anda sebagai sebahagian daripada rekod kami.

Kami menghargai sokongan anda terhadap perkhidmatan kami dan menghargai perhubungan kami dengan anda. Kami ingin terus berkomunikasi untuk mendapatkan maklum balas mengenai produk kami, perkhidmatan, promosi dan perkara yang berhubungan dengan tujuan-tujuan utama di atas , yang pada penilaian kami adalah menarik untuk anda dari semasa ke semasa.

Notis yang berikut boleh didapati dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia yang menyatakan alasan kami untuk mengumpulkan maklumat tersebut, jenis maklumat yang dikumpulkan, pendedahan kami kepada pihak ketiga (jika ada) dan mereka yang berkenaan yang anda boleh hubungi untuk mendapatkan akses kepada maklumat anda.

IOU Pay mempunyai hak untuk meminda notis ini kepada pelanggan pada bila-bila masa yang dikehendaki dan akan memaklumkan perubahan yang dilakukan di laman web syarikat iaitu (www.myiou.com), aplikasi (MYIOU) atau medium lain yang dirasakan sesuai dan akan dimaklumkan kepada anda.

“Data Peribadi” adalah segala maklumat yang dapat digunakan untuk mengenali anda atau dari mana anda dapat dikenali. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, kewarganegaraan, nombor telefon, perincian bank dan kad kredit, kepentingan peribadi, alamat e-mel, gambar, nombor pengenalan yang dikeluarkan oleh kerajaan, data biometrick, bangsa, tarikh lahir, status perkahwinan, agama dan maklumat kewangan.

1. Tujuan Maklumat Dikumpulkan

Kami akan mengumpul maklumat anda apablia anda berinteraksi secara aktif dengan kami secara langsung atau tidak langsung, misalnya ketika anda menghubungi kami untuk maklumat lanjut, melakukan transaksi pembayaran, atau meyertai mana-mana aktiviti talian kami. Penggunaan maklumat di laman web syarikat dan aplikasi adalah untuk penggunaan berikut :
  1. Melengkapkan profil pengguna atau borang pendaftaran;
  2. Memasuki fasa penjanjian jual beli yang berkenaan;
  3. Komunikasi tentang perkhidmatan, pembelian and penjualan transaksi;
  4. Proses pembayaran transaksi;
  5. Penyelesaian dana, Bayaran Balik atau Pembatalan, Pertikaian dan/atau Pembayaran Chargeback transaksi pembayaran;
  6. Perkhidmatan pembayaran;
  7. Mejalani pemeriksaan/penilaian kredit;
  8. Meningkatkan kandungan, penampilan dan utiliti laman web atau aplikasi;
  9. Mengurus pentadbiran maklumat;
  10. Mengurus dan mengekalkan akaun anda dan kemudahan dengan kami;
  11. Bertindak balas kepada pertanyaan dan aduan anda dan secara amnya, menyelesaikan pertikaian;
  12. Mengemas kini, mengukuhkan dan meningkatkan ketepatan rekod kami;
  13. Menghasilkan data, laporan dan statistik yang telah disatukan dengan cara yang tidak mengenal pasti anda sebagai seorang individu;
  14. Menjalankan penyelidikan dan kajian semata untuk tujuan analisis termasuk tetapi tidak terhad kepada penilaian data dan analisis transaksi anda dengan kami;
  15. Memenuhi keperluan pendedahan sebarang undang-undang yang terikat kepada kami;
  16. Untuk tujuan audit, pematuhan dan pengurusan risiko;
  17. Sebarang tujuan lain yang kami fikirkan perlu dan / atau seperti yang dikehendaki atau dibenarkan oleh mana-mana undang-undang, peraturan, garis panduan dan / atau pihak berkuasa yang berkaitan.

2. Jenis Maklumat Yang Dikumpul

Data peribadi yang mungkin kami kumpul ialah:
  1. Nama, Umur, Bangsa, Jantina , Warganegara , Nombor Kad Pengenalan, Nombor Pasport, Tarikh Lahir;
  2. Butir-Butir Hubungan seperti nombor rumah, nombor telefon bimbit, alamat e-mel, alamat tetap, alamat surat-menyurat, alamat penghantaran, kawasan atau negeri kediaman;
  3. Butiran Kad Kredit dan Kad Debit;
  4. Nombor akaun Bank;
  5. Nama domain, penyedia akses, alamat IP, jenama telefon bimbit, ID telefon bimbit, bahasa penyemak imbas dan penyemakan imbas atau penggunaan maklumat atau corak unik lain;
  6. Apa-apa maklumat lain yang dibekalkan oleh anda yang secara tidak langsung atau secara langsung yang boleh mengenal pasti anda, dalam usaha kita untuk menepati kontrak kami dengan anda.

3. Akibat Tidak Membekalkan Butiran Data Peribadi Anda

Kegagalan untuk membekalkan kami dengan data peribadi yang diperlukan mungkin:
  1. Menyebabkan kami tidak dapat meneruskan ke dalam kontrak perkhidmatan atau perjanjian dengan anda;
  2. Menyebabkan kami tidak dapat memberikan notis, perkhidmatan nilai tambah dan maklumat terkini kepada anda;
  3. Menjejaskan keupayaan kami untuk mencapai tujuan seperti dinyatakan di atas;

4. Ketepatan Data Peribadi

Anda besetuju bahawa data peribadi anda yang diberikan kepada kami adalah tepat, lengkap dan terkini. Anda janji untuk memaklumkan kami secepat mungkin jika terdapat sebarang perubahan kepada maklumat peribadi anda yang kami pengang. Sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh data peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap atau yang lampau adalah tanggungjawab eksklusif dan mutlak anda.

5. Pendedahan Maklumat Peribadi

Data peribadi anda akan disimpan secara rahsia tetapi dengan persetujuan dan kebenaran anda, kami akan memberi atau berkongsi data peribadi anda kepada pihak-pihak tersebut:
  1. Individu/Organisasi yang dikehendaki di bawah undang-undang atau diatas permintaan/kehendak kerajaan;
  2. Anak syarikat yang berkaitan, pegangan IOU Pay, termasuk entiti masa hadapan di bawah IOU Pay;
  3. Agensi-agensi kerajaan, badan berkanun, agensi-agensi penguatkuasaan di bawah undang-undang;
  4. Juruaudit, akauntan, peguam di bawah IOU Pay;
  5. Bank-bank, institusi kewangan dan persatuan kad Kontraktor, sub-kontraktor, rakan kongsi perniagaan ,sekutu daripada IOU Pay;
  6. Pembekal perkhidmatan pihak ketiga / produk yang disifatkannya perlu atau sesuai bagi tujuan yang dinyatakan di atas (termasuk di luar Malaysia , di bawah syarat-syarat kerahsiaan dan tahap keselamatan yang sama);
  7. Mereka yang di bawah kewajipan sulit kepada IOU Pay;
  8. Sebarang tujuan lain yang kami fikirkan perlu dan/atau seperti yang dikehendaki atau dibenarkan oleh mana-mana undang-undang, peraturan-peraturan, garis panduan dan/atau pihak berkuasa yang berkaitan.

Data yang dikongsi adalah bertujuan seperti yang dinyatakan dalam notis ini atau tujuan-tujuan lain yang tidak dinyatakan namun berhubungkait dengan tujuan utama pengumpulan tersebut.

Kami juga mungkin berkongsi data peribadi anda seperti yang diwajibkan oleh undang-undang atau jika pendedahan adalah perlu untuk mematuhi undang-undang, proses undang-undang atau pertanyaan daripada pihak berkuasa yang berkaitan.

6. Keselamatan Data

Kami akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menyimpan dan memproses data peribadi anda dengan selamat dan sulit. Langkah-langkah keselamatan yang munasabah untuk melindungi data daripada kehilangan,dan/atau digunakan atau diakses tanpa kebenaran telah dilaksanakan oleh kami. Kami menghadkan akses kepada data peribadi anda berasaskan keperluan untuk pengetahuan. Walau bagaimanapun, anda faham bahawa penghantaran maklumat melalui internet tidak sepenuhnya selamat. Walaupun kami berusaha sedaya upaya untuk melindungi data peribadi anda, anda memahami bahawa kami tidak dapat memastikan keselamatan data anda yang ditransmisikan secara talian, oleh itu, sebarang penghantaran tetap pada risiko anda sendiri.

Kami akan melaksanakan langkah-langkah keselamatan berikut:
  1. Pelaksanaan dasar keselamatan maklumat formal dan kawalan teknologi yang perlu seperti “firewall”, kawalan kata laluan, teknologi pengesahan, keselamatan fizikal, log dan pemantauan dan lain-lain;
  2. Kawalan Proses seperti pengasingan tugas, garis panduan bagi peranan dan tanggungjawab, dan “need-to-know basis” untuk kakitangan;
  3. Pembekal pihak ketiga dan kontraktor yang menyimpan atau/dan memproses data peribadi telah melaksanakan standard keselamatan yang serupa.

7. Pengekalan Data Peribadi

Maklumat peribadi anda akan disimpan untuk hanya tempoh yang diperlukan untuk menepati tujuan yang dinyatakan di atas (melainkan kami diwajibkan berdasarkan undang-undang untuk menyimpan maklumat peribadi anda bagi tempoh yang lebih lama) dan selepas itu kami akan memastikan bahawa data peribadi anda akan dihapuskan secara selamat, tanpa mendedahkan anda atau dipadam secara kekal jika ia tidak lagi perlu disimpan. Sebab-sebab lain untuk pihak kami menyimpan maklumat anda walaupun selepas menepati tujuan termasuk:
  1. Untuk memenuhi undang-undang, keperluan peraturan atau perakaunan;
  2. Untuk melindungi kepentingan IOU Pay.

8. Pautan Ke Laman Web Pihak Ketiga Dan Laman Lain

Data peribadi anda akan diberikan kepada pihak ketiga sehubungan dengan penggunaan perkhidmatan IOU Pay yang disediakan oleh pihak ketiga (“Perkhidmatan Pihak Ketiga”). Data peribadi sedemikian boleh melampaui apa yang diperlukan untuk Perkhidmatain Pihak Ketiga. IOU Pay tidak akan bertanggungjawab atas cara penjagaan dan pengunaan maklumat peribadi anda yang dikekalkan oleh Perkhidmatan Pihak Ketiga. IOU Pay berhak untuk menggabungkan maklumat anda yang diperolehi melalui laman web atau aplikasi dengan makumat anda yang diberikan kepada kami melalui cara lain dan maklumat dari pihak ketiga.

Laman web atau aplikasi mengandungi pautan ke lawan web lain yang tidak dikendalikan oleh IOU Pay. Laman web lain mungkin juga mengandungi pautan ke laman web IOU Pay. IOU Pay tidak mempunyai kawalan terhadap laman web sebegitu, anda mengakui dan bersetuju bahawa IOU Pay tidak bertanggungjawab terhadap dasar privasi pihak ketiga atau kandungan laman web.

9. Hak Bagi Akses Dan Pembetulan Data

Di bawah PDPA , anda berhak untuk mengakses data peribadi anda dan memohon untuk melakukan pembetulan pada data peribadi anda yang mungkin tidak tepat, tidak dikemaskini, tidak lengkap atau mengelirukan. Berkenaan dengan ini, anda dibenarkan:

  1. Meminta untuk memeriksa dan mengakses data peribadi anda dalam rekod kami;
  2. Meminta supaya kami membetulkan mana-mana maklumat yang tidak tepat, tidak dikemaskini, tidak lengkap atau mengelirukan;
  3. Meminta salinan data dari kami.
Setelah kami menerima permohonan anda, kami akan mengakui penerimaan permintaan tersebut. Untuk Pindaan data dan pembetulan, kami akan mengambil kira jika maklumat tersebut memerlukan pindaan. Jika terdapat apa-apa percanggahan pendapat, maka kami akan menyatakan sebab tersebut dengan jelas seperti hak pengguna lain dilanggar, atau fungsi pengawalseliaan akan terjejas.

Selaras dengan PDPA, dan tidak terhad kepada undang-undang yang berkaitan, kami:
  1. Mengenakan bayaran pentadbiran (“admnistrative fee”) untuk memproses permohonan anda untuk akses atau/dan pembetulan kepada data peribadi, mengikut kelulusan yang telah ditetapkan di dalam subperaturan PDPA;
  2. Akan menolak permohonan anda untuk mengakses atau/dan melakukan pembetulan kepada maklumat peribadi dan memaklumkan anda melalui notis bertulis bagi tindakan itu.

10. Hubungi Kami

Untuk maklumat lanjut atau penjelasan mengenai akses peribadi data, pembetulan, pemadaman atau apa-apa maklumat lain yang berhubungan dengan PDPA, anda boleh menghubungi kami melalui butiran-butiran berikut :

Alamat E-mel: support@ioupay.com
Nombor Telefon: +603-2703 1109
Alamat: Unit Perkhidmatan Pelanggan, Unit 3-5, Level 3, Menara Ken TTDI, No.37, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail, 60000, Kuala Lumpur.

11. Bahasa

Seperti Seksyen 7 (3) PDPA, notis ini dan borang persetujuan diterbitkan dalam kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya berlaku apa-apa inkonsistensi, syarat-syarat versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

12. Akuan Borang Ini

Dengan bersetuju dengan untuk memberikan persetujuan anda, anda telah membaca sepenuhnya dan memahami kandungan notis ini, anda memberi kuasa kepada kami untuk mengumpul, menyimpan dan memproses maklumat peribadi anda mengikut terma di atas.

13. Pengisytiharan Persetujuan

Dengan menekan YA/HANTAR, anda memberikan kami kebenaran untuk memproses maklumat peribadi anda untuk, atau berkait secara langsung dengan, tujuan yang dinyatakan di atas.

Untuk mengelakkan sebarang keraguan kecuali dengan persetujuan anda ataupun permintaan yang dikehendaki dari pihak bank, bahagian pertubuhan kad, pihak berkuasa yang berwibawa atau peruntukan undang-undang lain, kami tidak akan mendedahkan nombor akaun bank dan butiran kad kredit anda kepada pihak ketiga melalui perkhidmatan kami.

Kami berhak untuk mengubah dasar ini dari semasa ke semasa dengan atau tanpa notis. Sebarang perubahan pada dasar ini akan dikirimkan dan boleh dilihat di www.myiou.com. Selepas kami mengemas kini dasar ini di laman web kami, jika anda berterusan menggunakan perkhidmatan kami, ini menjadi perakuan dan penerimaan anda untuk mematuhi dan terikat dengan versi dasar yang terkini. Dasar ini terakhir dikemas kini pada [09 Jun 2021].