Soalan Lazim

Kami sedia menjawab pertanyaan anda.
FAQ Banner

Untuk Bermula

Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) adalah penyelesaian pembayaran digital yang memberi peluang kepada anda untuk membeli sesuatu tanpa membayar keseluruhan harga barangan tersebut, sebaliknya pembayaran boleh dijelaskan kemudian. BNPL membolehkan anda mengagihkan bayaran menjadi bayaran ansuran tanpa faedah yang perlu diselesaikan dalam tempoh tertentu.
Dalam Talian
  • Tambahkan item ke troli beli-belah anda.
  • Pilih myIOU sebagai kaedah pembayaran.
  • Anda perlu membuat pembayaran pertama semasa membuat pembelian dan bahagikan bakinya kepada ansuran bulanan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Di Kedai Fizikal
  • Pilih barangan yang ingin dibeli di kedai.
  • Imbas kod QR dengan app myIOU.
  • Anda perlu membuat pembayaran pertama semasa membuat pembelian dan bahagikan bakinya kepada ansuran bulanan mengikut tempoh yang ditetapkan.
Dengan myIOU, anda boleh mengagihkan bayaran untuk pembelian anda menjadi bayaran ansuran bulanan (sehingga 6 bulan) tanpa sebarang faedah. myIOU tidak menjejaskan baki yang ada bagi mana-mana kad kredit. myIOU juga membolehkan anda membuat pembayaran menggunakan kad debit.

Bayaran ansuran kad kredit mengurangkan had kredit yang ada bagi kad kredit seseorang dan tidak semua syarikat kad kredit menawarkan pelan bayaran ansuran.
myIOU adalah perkhidmatan yang ditawarkan kepada anda secara percuma oleh peniaga tanpa sebarang caj tambahan atau faedah. Bagaimanapun, fi bayaran lewat akan dikenakan sekiranya bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan.

Saya ialah

  • Pengguna
  • Peniaga

Pendaftaran

  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Mempunyai Kad Pengenalan Malaysia (MyKad)
  • Mempunyai kad kredit/debit yang dikeluarkan oleh institusi kewangan Malaysia
  • Mempunyai nombor telefon mudah alih Malaysia & alamat e-mel
Untuk mengesahkan identiti pengguna, kami memerlukan gambar depan dan belakang MyKad anda semasa pendaftaran untuk mengelakkan sebarang penyalahgunaan identiti atau penyelewengan dana.
Maklumat sensitif seperti nombor telefon dan e-mel akan dienkripsikan dan dilitupi bila dipaparkan dan disimpan serta dilindungi oleh PDPA.

Di IOUpay, privasi dan keselamatan data anda dipandang secara serius. Dasar privasi kami menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan menjaga sebarang data peribadi yang anda berikan kepada kami.
myIOU menerima kad debit dan kredit (Visa atau MasterCard) yang dikeluarkan oleh institusi kewangan Malaysia.

Pada ketika ini, kami tidak menerima jenis-jenis kad berikut:
  • American Express (AMEX)
  • Japan Credit Bureau (JCB)
  • UnionPay
  • Discover
  • Diners Club
Untuk permohonan baru, akaun anda akan diluluskan apabila proses permohonan selesai, tertakluk pada terma dan syarat.
Sila hantar semula permohonan dengan dokumen disahkan yang betul dan kad kredit atau kad debit yang sah.

myIOU boleh digunakan dengan mana-mana peniaga dalam talian dan di kedai fizikal yang
berdaftar dengan IOUpay. Anda boleh menyemak senarai peniaga yang dibenarkan
menerusi laman web kami www.myiou.com/stores, aplikasi myIOU dan laman web atau
kedai peniaga.

Kelulusan serta-merta had kredit sebanyak RM1,000 akan diberikan.

 

Had kredit MYR1,000 akan diluluskan serta-merta antara jam 9am – 10pm (termasuk Sabtu, Ahad & cuti umum). Had kredit adalah MYR0 antara jam 10pm – 9am dan akan diluluskan dalam 48 jam.

Anda perlu menyegarkan semula sambungan antara telefon anda dan penyedia perkhidmatan mudah alih anda. Lakukan langkah berikut:
  • Matikan dan hidupkan semula telefon anda.
  • Hidupkan dan matikan mod pesawat.
  • Keluarkan dan masukkan semula kad SIM telefon anda.

Had Kredit

Anda boleh meningkatkan had kredit anda sehingga RM10,000 dengan mendaftar untuk myIOU Credit+ melalui app myIOU, tertakluk kepada terma dan syarat.

Lengkapkan permohonan dengan:
  • Penyata kad kredit bagi tempoh satu (1) bulan terkini
  • Penyata bank bagi tempoh satu (1) bulan terkini yang menunjukkan kemasukan gaji
  • Sebarang bukti yang menunjukkan alamat kediaman (Contohnya: Bil utiliti atau bukti penghantaran dengan alamat penghantaran yang sah dari mana-mana platform e- dagang)
Permohonan yang dibuat sebelum 12:00 tengah hari yang disertakan dengan dokumentasi lengkap akan diproses pada hari yang sama dan permohonan yang dibuat selepas 12.00 tengah hari akan diproses pada hari bekerja berikutnya.
Had kredit maksimum bagi setiap akaun adalah RM10,000 tertakluk kepada terma dan syarat.
Anda boleh membuat seberapa banyak transaksi yang anda inginkan selagi anda tidak melepasi had kredit dalam app myIOU anda.
Anda boleh membuat seberapa banyak pembelian yang anda inginkan selagi anda tidak melepasi had kredit dalam app myIOU anda.

Bayaran Pertama, Bayaran Berikutan dan Bayaran Lewat

Anda perlu membuat bayaran pertama selepas mengesahkan butiran transaksi untuk membuat pembayaran.
Baki yang tinggal daripada jumlah keseluruhan pembelian akan dibahagikan menjadi ansuran bulanan mengikut tempoh yang telah dipersetujui oleh peniaga. Kad anda yang terikat dengan myIOU akan dicaj secara automatik setiap bulan untuk membayar baki ansuran tersebut.
myIOU menawarkan bayaran bulanan 2, 3 atau 6 bulan. Tempoh bayaran yang ditawarkan oleh peniaga adalah berbeza.
myIOU akan menghantar notifikasi melalui aplikasi myIOU, SMS dan e-mel. Akaun anda akan digantung daripada melaksanakan sebarang transaksi sehingga bayaran yang tertunggak dibayar.

Fi lewat bayar akan dikenakan bagi bayaran yang lewat.
Bagi bayaran yang lewat, anda akan dikenakan fi lewat bayar sebanyak RM5 atau 1% daripada amaun tertunggak (mana-mana yang lebih tinggi).
Anda akan menerima peringatan melalui aplikasi myIOU, SMS dan/atau e-mel dalam tempoh 3 hari bekerja sebelum tarikh bayaran perlu dibuat..
Anda boleh membayar dengan kad yang berbeza. Sila pastikan kad tersebut telah dihubungkan pada aplikasi myIOU dan ia telah ditandakan/dipilih sebagai default.

Anda boleh menetapkan semula pin bayaran melalui aplikasi myIOU. Untuk mendapatkan bantuan, sila hantar e-mel ke support@ioupay.com atau hubungi kami di +603-7733 5500 pada masa berikut:

 

Isnin – Jumaat : 8am – 11pm

Sabtu/Ahad/Cuti Umum: 10am – 11pm

Pembatalan, Bayaran Balik & Pertikaian

Penghantaran dan kualiti produk dan perkhidmatan yang dibeli adalah tanggungjawab peniaga. Sila hubungi peniaga di mana anda membuat pembelian produk atau perkhidmatan untuk pembatalan atau bayaran balik.
Sila hubungi peniaga untuk meminta bayaran balik sepenuhnya. Bayaran balik ini tertakluk pada dasar pembatalan dan bayaran balik peniaga tersebut.
Apabila bayaran balik wang anda telah diproses, anda akan menerima notifikasi melalui e- mel dan amaun yang dibayar balik akan dipulangkan ke kaedah pembayaran asal anda dalam tempoh 14 hari bekerja.
Selepas anda memulangkan produk kepada peniaga, mereka akan mengambil masa beberapa hari untuk memeriksa, memproses dan memastikan bahawa barangan yang dipulangkan memenuhi syarat dasar pembatalan dan bayaran balik peniaga tersebut.

Kad Hilang / Penipuan

Sekiranya anda masih ada bayaran yang perlu dijelaskan dengan myIOU, sila hubungi kami segera di support@ioupay.com atau 03-7733 5500 pada masa berikut:

 

Isnin – Jumaat : 8am – 11pm

Sabtu/Ahad/Cuti Umum: 10am – 11pm

 

Anda tidak boleh membuat transaksi baharu sehingga kad anda yang baharu berjaya didaftarkan.

Pendaftaran

Anda boleh menghantar pertanyaan anda ke hello@ioupay.com. Pasukan profesional kami akan menghubungi anda untuk memberikan bantuan yang diperlukan.

Pembatalan, Bayaran Balik & Pertikaian

A. Peniaga Dalam Talian

IOUpay akan menyalurkan semua pertanyaan daripada pelanggan yang berkaitan dengan pemulangan barangan, pembatalan atau bayaran balik kepada peniaga. Bagi tujuan privasi, IOUpay tidak boleh membuat pembatalan atau bayaran balik kepada pelanggan bagi pihak peniaga.

IOUpay hanya akan memproses pembatalan atau bayaran balik setelah mendapat arahan daripada peniaga melalui Portal BNPL Peniaga.

Bayaran Balik Sepenuhnya
Sebarang bayaran balik yang merupakan amaun penuh pesanan adalah dikira sebagai bayaran balik sepenuhnya.

IOUpay akan membatalkan secara automatik jadual pembayaran pengguna yang berikutnya supaya pengguna tidak lagi dicaj. Sekiranya pengguna telah membuat sebarang bayaran, IOUpay akan memproses dan memulangkan bayaran balik ke kaedah pembayaran asal pengguna.

Bayaran Balik Sebahagian
Sebarang bayaran balik yang bukan amaun penuh pesanan adalah dikira sebagai bayaran balik sebahagian.

IOUpay akan secara automatik mengemas kini jadual pembayaran yang berikutnya dengan mengurangkan jumlah ansuran atau memproses dan memulangkan bayaran balik ke kaedah pembayaran asal pengguna sekiranya perlu. Bayaran balik akan dibuat untuk ansuran terakhir terlebih dahulu dan kemudiannya akan beralih kepada ansuran yang sebelumnya.

B: Peniaga Kedai Fizikal

Peniaga boleh berhubung terus dengan pasukan sokongan kami melalui support@ioupay.com. Sila berikan ID transaksi dan bukti pembayaran daripada pengguna.

Support

Sila e-mel ke support@ioupay.com. Pasukan sokongan kami akan membalas pertanyaan anda dalam masa 2 hari bekerja. Anda juga boleh menghubungi talian sokongan kami di 03-7733 5500 pada waktu operasi.

Pasukan sokongan kami sedia membantu anda pada waktu berikut:

 

Isnin – Jumaat : 8am – 11pm

Sabtu/Ahad/Cuti Umum: 10am – 11pm